Pages

Saturday 12 January 2013

Rahsia!!!


Faham, Fahamkan & fahami

Rahsia ?. Apa yang difahami oleh rahsia?. Mungkin pada segelintir masyarakat dan golongan muda sekarang tidak memahami rahsia yang di pertahankan oleh orang – orang lama.  Sebagai contoh dalam Silat itu sendiri terdapat buah – buah rahsia, pukulan rahsia, gerakan rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai ataupun murid yang masih belum dapat memahami perjalanan perguruan tersebut.
Selain itu terdapat satu lagi contoh yang baik bagi menunjukkan kepentingan rahsia. Secara umumnya setiap pertubuhan mahupun kumpulan tertentu mempunyai rahsia mereka sendiri yang mana ianya diketahui oleh ahli – ahlinya sahaja tidak dihebahkan kepada orang lain. Bila sebut sahaja PEKIDA atau dengan kata lainnya Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islam Malaysia mesti ramai diantara kita melebelkan atau mengaitkan dengan genster, kongsi gelab  dan tiga line.

Kenal & Faham

Pelbagai orang pelbagai ragam dan pelbagai lah pemikiran serta tanggapan mereka tentang ‘tiga line’. Sebenarnya apa itu PEKIDA dan apa itu ‘tiga line’?, ada perbezaan yang amat besar antara kedua – dua itu. Jika salah permahaman saya maka salah la penulisan saya ni. Kita mulakan dengan PEKIDA, satu pertubuhan NGO (bukan badan kerajaan) yang mana memperjuangkan orang melayu dan agama islam. Jika kita lihat pada awal tertubuhnya kumpulan ini misi dan visinya jelas dan keanggotaannya juga ketat dan terpilih. Disertai oleh golongan jemaah yang selalu mendekatkan diri dengan masjid, para ulama, pemimpin masyarakat, pejuang – pejuang islam (senang cakap orang2 masjid). Jemaah ini akan membincangkan hal – hal perjuangan, masalah masyarakat, kebajikan kampong, keselamatan dn mungkin sedikit tentang pendidikan & agama. Ketika ini juga kita perlu mngabil contoh , tiadanya perselisihan faham antara jemaah yang kritikal sehinggakan berlaga sesama sendiri sehingga membuka ‘simpang’ lain kerana berbeza pandangan. Kini ada yang masih mengekalkan pendekatan yang sama dan perjuangan yang sama, ada juga yang dikatakan ‘lari’ dari jalan yang asal dimana golongan ini berkelakuan seperti genster serta bergerak seperti kongsi gelab.

Kongsi

Istilah ‘jalan’ atau ‘baju’ begitu sinonim dengan jemaah – jemaah ini, dimana adanya ‘baju putih’dan ‘baju merah’. Putih dikatakan bahwa membawa dan meneruskan perjuangan yang asal PEKIDA yang berteraskan syariat islam dan Al – quran. Merah pula berkongsi dengan masyarakat cina yang sama – sama memperjuangkan jalan yang benar yakni keadilan. Kerjasama ini lebih dikenali sebagai kongsi memperlihatkan jalinan ilmu, pergerakan dan perbuatan mereka ini bagi menjaga hak masing – masing. Namun tetap berteraskan serta berpandukan jalan putih. Boleh diibaratkan sebagai PEKIDA ini adalah ‘ibu’ dan kongsi ini adalah serihan ‘anak – anak’ ataupun ‘ranting’ daripada mereka. Tidak semua kongsi itu jahat dan tidak semua yang duduk dalam putih itu baik. Bergantung pada diri sendiri pandai bawa diri dan masih berpegang dengan islam maka ianya harus dikekalkan. Isu mula timbul dimana ada di antara ahli jemaah ini yang merasakan mereka ini memiliki ‘kuasa menegak undang – undang sendiri’ menjadikan golongan mereka sebagai ‘pegang’ kawasan, pau dan bergadoh dengan kumpulan lain. Pepatah melayu ada mengatakan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ jadi dek kerana isu ini timbul maka habis nama PEKIDA dicanang dan dilebel sebagai gangster. Bagi mereka yang duduk dalam jemaah dan kenal dengan jemaah tentu mereka paham dan usaha pemutihan tetap terus dijalankan. Akan tetapi pada mereka yang terlalu mendengar dan percaya atau terhasut dengan khabar – khabar negatif yang mereka dengar sebelum ini maka semua jemaah ini adalah buruk dan penindas.
Kita adalah manusia lagi – lagi beragama islam, sama ada jemaah atau orang awam kita semua sama, jangan cari perbezaan antara kita cari lah persamaan maka adalah kedamaian atau ukwah didalamnya. Dekati mereka fahamkan mereka jika penilaiannya baik berkawanlan jika buruk jangan ditinggalkan, bawa mereka bersama kita berjalan dan putihkan mereka.


p/s: penulisan ini adalah pandangan dan timbang tara peribadi tiada rujuk mana pihak jika ada salah dan terlanjur kata mohon maaf dipinta. Tidak ada niat menyinggung mana – mana pihak cuma meluahkan apa yang terpendam.

1 comment: