Pages

Friday 4 January 2013

SANDANG

SILAT SENI GAYONG atau dengan nama ringkasanya PSSGM seperti yang umum tahu salah satu sila yang ramai ahlinya , yang kukuh , yang mempunyai gelanggang dan keahlian di pelbagai negara luar. Namun itu adalah hak PSSGM dan aku salah seorang dari murid dan ahli PSSGM. Aku juga berguru dengan guru - guru dari PUSAKA GAYONG, GAYONG PASAK & GAYONG SERANTAU, ini kerana persilatan ini adalah sama cuma pentabiran sahaja yang ber beza. Pelajaran dan adat nya tetap sama , tetap mengaku bahawa mahaguru Silat Seni Gayong adalah Daro' Meor Abdul Rahman Bin Syed Uda Mohd Hasyim. 

Adat Istiadat didalam Silat Seni Gayong berteraskan istiadat dari istana yakni khusunya iastiadat istana Perak. Didalam Silat Seni Gayong juga ada nya Majlis Lembaga Beradat yang tugasnya menantau menjaga dan memelihara keaslian, tatatertib, dan hal - hal berkaitan adat istiadat. Sandang adalah salah satu contoh dia bawah bidang kuasa MLB, bila mana adanya penerimaan sandang pastinya ada majlis peanugerahan nya. Ini dilaksanakan oleh Waris ADMAR dibantu / diapait oleh Pengerusi MLB kebangsaan atau negeri. 

Cukup setakat itu perkongsian apa yang aku tahu tentang adat dalam PSSGM, kat sini aku nak cerita amanah dan tanggujawap yang bakal dipikul bila mana aku diberi tanggungjawap tersebut. Pada Januari 2008, yang mana seminggu sebelum hari Konvokesyen Diploma Kejuruteraan Automotif berlangsung, aku dipanggil untuk hadir di majlis gayong di rumah Tok Ayah Sor ( Tuan Hj Mansur mantan YDP Gayong Kelantan ). Aku sekadar hadir atas jemputan dan tidak diberitahu tentang isi kandungan masjlis mahupun apa - apa tentang majlis tersebut. Nasib baik la aku konvo pon pakai baju melayu hitam dan bersampin maka ada la pakaian untuk majlis tersebut. Dipendekan cerita nya bila sampai disitu aku dikhabarkan oleh Cikgu Amru bahwa aku akan menerima sandang dan benkung. Tak sangka pulak sekali gus dalam pikiran aku mungkin cuma majlis penyampaian bengkung saja sebab kami baru ja lepas gredding pada Disember 2007. 


Sandang Kegurulatihan Panglima Amanah Sakti

Maka disitu saat itu menjadi detik sejarah aku dimana mendapat bengkung Pelangi Merah dan Sandang pada masa yang sama. Dalam hati seronok tak ingat punya dapat sandang, masa tu tak tahu lagi ada tanggungjawap yang perlu aku pikul bila dapat sandang. Sandang yang aku terima adalah Sandang Kegurulatihan iaitu Panglima Amanah Sakti. 


Panglima Amanah Sakti / Serikandi Amanah Sakti (Jurulatih) 


       
Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah
i.  hendaklah dikalangan penolong jurulatih yang lulus sekurang-kurangnya ujian Bengkong Pelangi Merah Chula.
ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Merah.
iii.  mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.





Dari saat itu aku bermula mencari menambahkan ilmu dan pengetahuan tentang adat dan kuasa sandang serta tanggungjawapnya. Sedikit demi sedikit aku mencari  dapat la juga tahu berkaitan tentang sandang. Sampai la satu ketika waktunya tanggal July 2012 di majlis penyampaian sandang pada Konvesyen Silat Seni Gayong Gelanggang Naga Rantau - Gayong France, aku sekali lagi menerima sandang bersama bangkung. Pada kali ini aku lulus bengkung Pelangi Kuning dan menerima Sandang Khalifah.



Khalifah (Seri Relang Sakti)

Latar warna hitam, jalur tengah (lebar 1cm) warna hitam dan diapit oleh dua jalur merah (lebar 3cm) cula warna merah.
1. Tiada had bilangan, ia layak dilantik daripada kalangan pemimpin Gayong Negeri, Gurulatih dan Jurulatih dalam negeri yang memiliki keperibadian dan kepimpinan yang baik.
      I.          2. Mengawasi dan menjalankan pentadbiran serta memastikan adat istiadat dipatuhi di dalam negeri/ daerah/ cawangan / gelanggang.
     II.          3. Bertanggungjawab keatas keselamatan murid Gayong di dalam negeri.
    III.          4. Bertanggungjawab menjaga akhlak dan disiplin murid gayong di dalam negeri.



Terima kasih kepada guru ku Cikgu Amru bin Rosli dari Akademi Latihan Gayong dan Cikgu Shaiful Hakim bin Muhammed Noor kerana memberikan kepercayaan kepada ku memikul tanggujawap dan amanah dalan Silat Seni Gayong. Dengan ini di atas amanah yang diberikan oleh guruku dan perguruan akan aku teruskan perjalanan serta perjuangan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong mendidik anak bangsa penyambung warisan.





1 comment:

  1. nape bengkung merah n kuning je ada gambar betol..hehehehhe =p

    ReplyDelete