Pages

Wednesday 10 July 2013

AMANAH & TANGGUNGJAWAB

 TANGGUNGJAWAB... apa tu ? dari sudut fahaman ianya adalah satu tugas ataupun arahan dimana perlu kita menjaganya sehingga ia selesai atau berterusan.

 AMANAH pulak? pemahaman saya ialah bila kita ada sesuatu tugas atau benda kita perlulah menjaganya dengan sebaik mungkin.

jadi amanah dan tanggungjawap saling berkait. Amanah itu terlalu besar dan Tanggungjawab itu terlalu berat, jadi bila orang itu menerima amanah dan tanggungjawab maka sudah terikat perjajian tugasan berat baginya. Terpikulkah amanah itu Terlaksanakah Tanggungjawab itu? Ini tugasan sungguh berat jika tidak betul cara nya maka terkapai kapai lah kita. Bukan mudah nak pikul amanah, tidak semua orang mampu dan mahu. Semua nak jawatan dan pangkat tapi perlu diingat ia ada pekej yakni Amanah dan Tanggungjawab. Ada orang yang nakkan nama sanggup pilih jawatan tapi dia lupa apa yang bakal dia bawa selepas itu.

Adakah orang beramanah ini bertanggungjawab atau adakah orang bertanggungjawab itu amanah? persoalan ini ada di minda sesiapa saja bila kita berbicara isu ini.

Berbicara soal amanah dan tanggungjawab dalam konteks persilatan, Amanah Guru dan Tanggungjawab Murid, ianya sangat luas boleh dibahaskan. kita mudahkan bahasa, bercakap pasal amanah guru (dari sudut pemikiran saya yang kurang arif ni) bila mana sebut pasal amanah guru ia menjadi tanggujawab sebagai murid untuk kita laksanakan akan tetapi ianya perlulah berlandaskan syariat islam sama ada amanah atau arahan itu sendiri ataupun cara kita melaksanakannya.

Dari bengkung putih sampai merah, bila dah merah tu kene la mengajar cara mengajar tu skill masing2 asal ilmu itu dapat disampaikan dna difahami murid. Masa kita terima bengkung dan sandang ada akad kita dengan guru ( cara bergantung pada guru ) kita akan terima amanah yang diberikan dengan ihklas dan jujur. akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Ini bermakna tugasan yang menanti kita perlu kita laksanankan dengan sebaik mungkin. Tanyalah mana2 guru yang mengajar masa terima bengkung atau sandang ada tak akujanji penerimaan anamah tu. Kalau ada guru yang tidak meneruskan mengajar atau berdiam diri bukan bermakna dia tidah anamah dan bertanggungjawab , mungkin dia ada alasan dia sendiri .

sebagai murid ikatan hubungan guru dengan murid sudah terjalin akrab dah macam ayah dengan anak, abang dengan adik, tetapi batasnya tetap ada. Menghormati guru itu adalah salah satu dari tanggujawab murid.

Kita  belajar dan menimba ilmu dengan penuh disiplin, apa yang diajar kita fahami dan amati biar sampai ke hati (maksudnya faham dengan betul ). Sesudah banyak ilmu ditimba dan sampai masanya guru mengamanahkan kita meneruskan pengaliran ilmu itu kepada generasi seterusnya. Ia sudah menjadi tanggujawab kepada kita meneruskan legasi guru bagi memastikan ilmu itu berterusan sampai kepada murid yang lain. Cara mana dan bila kita perlu laksanakannya bergatung kepada kita dari bekalan (ilmu) yang kita ada.

Dulu kita murid sekarang kita guru... usia bukan penghalang, amanah perlu dilaksanakan. berkat ilmu dan pengalaman kita bersama guru insyallah usaha mengembangkan ilmu itu akan lancar. Diamanapadang kita di situ kita bermain, mencorak dan mendidik generasi muda bukan satu tugas yang mudah tambah pulak ramaja sekarang, nak bentuk buluh hutan lagi mudah dari buluh taman. Cabaran demi cabaran perlu dilalui , nak terus kehadapan cakap2 orang luar jangan dipeduli, teruskan langkah menyampaikan amanah yang diberi. Selagi ada kemampuan dan kuderat pinjaman Ilahi , amanah dan tanggungjawab ini akan diteruskan walaupon secara pelahan dan kecilan. Disampin menjaga amanah guru tidak lupa tanggung jawab pada keluarga tercinta... jangan dok galak bersilat ja sampai lupa pada keluarga.

Biar mula dengan perlahan dengan harapan pada kemudiannya ia lancar tanpa sebarang sekatan.

Dengan berkat ilmu guru dan panduan dari rakan insyallah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB ini akan diteruskan.

lain cerita kita kupas pasal ADAB BERGURU , HAK GURU DAN HAK MURID pulak....



1 comment:

  1. Casino Slot Machines - MapyRO
    Casino slot machines are the most popular 평택 출장샵 of all casino slots games. 수원 출장마사지 of 충청남도 출장마사지 the highest denomination, there's always a chance you'll find a 공주 출장안마 lucky one in the 김해 출장샵 first

    ReplyDelete