Pages

Tuesday 9 July 2013

BERCAKAP TAHU BILA BUAT TAK SAMA

Nak cakap nanti ada yang kata macam kita ni pandai sangat tapi bila tak cakap rasa macam perlu juga kita sampaikan sebab kita tahu perkara ni.. Bila bercakap pasal ADAT & ADAB dalam SILAT SENI GAYONG adat yang dipegang adalah sama yang mana ianya diadaptasi dan diapratikkan dari istiadat istana. Kita kupas satu per satu, 

Adat dan Adab pakaian dalam Silat Seni Gayong

Latihan .

jika dahulunya pahaian latihan SSG adalah seluar senteng dan jerut (3 suku) , baju pula berlengan 3 suku dan kolar bujur sirih atau 'V' kata orang moden . Ada juga menggunakan kolar perahu bugis. Tidak lupa bertanjak/tengkolok/ ikat kepala dan talipinggang/bengkung




Contoh gambar pakaian latihan

Peredaran zaman telah merubah corak pemaikaian latihan silat sekarang dan semakin meluas penggunaanya iaitu kolar cekak musang yang biasa pada baju melayu dan berseluar panjang potongan terus kebawah. Tidak salah pemakaiannya dan ia juga nampak kemas dan menuntup aurat bagi wanita. Akan tetapi bila mana ianya adat dan tradisi ia harus dikekalkan penggunaanya.



Tentang jenis pakaian latihan sekarang tidak menimbulkan isu asalkan ia menuntup aurat, selesa dipakai dan tahan lasak. Persoalan dan isu akan timbul berkaitan bengkung atau tali pinggang, adab kita menerima bengkung mengambil dengan bertapak 3 atau 7 dan siap dengan akad penerimaan maka menjadi tanggungjawap kita untuk menjaga pemakaian bengkung tersebut . Ada yang kata bengkung tu dan di perasap oleh guru atau di isi dengan ayat tertentu maka adabnya harus dijaga. jangan la sewenang wenangnya kita campak atau ganting di mana mana. Ada guru yang marah kalau kita sangkutkan pada leher. jika sudah tamat latihan lipat dan simpan la bengkung tersebut. Bula nak minum atau makan buka la dahulu bengkung bagi menjaga adabnya.


Sandang.

Bila sebut pasal sandang ia boleh dikaitkan dengan amanah dan tanggungjawap penerima sandang tersebut.
majlis atau penerimaan sandang dikatakan bahwa hanya sah jika ianya dari ADMAR serta warisnya.. Kecikkan skop yakni WARIS yang sah ada sekarang:

1. Bonda Siti Fazilah anak kandung darah daging ADMAR.
2. Cikgu Badek anak angkat sejak kecil dan juga anak saudara ADMAR
3. Cikgu Sazali anak angkat ( anak susuan ) ADMAR

Jika sandang yang diterima bukan dari tangan di atas maka ada yang mengatakan sandang itu tidak sah. Bagaimana pula status yang menerima dari Lembaga Waris Amanah atau Ketua Waris Beradat yang dilantik?. Persoalan ini terjawap jika kita bertanyakan seniri pada empunya badan.

Sama seperti bengkung tadi sandang juga telah disiaapkan mengikut sifat si pemiliknya ada yang mengatakan sandang itu sudah dizikirkan ketika pembutannya dan walaupun ia tanpa zikir semasa penerimaannya juga berakad , maka ada adabnya pada si pemakainya.

Bila mana ada majlis2 gayong tentunya ada penyandang2 ini menghadirinya. maka pakaiannya penuh adab siap bertanjak dan bersampin serta capal lengkap dengan keris.. macam panglima melayu. Akan tetapi cacat lah ia jika si pemakai itu sendiri tidak tahu adat dan adab ketika memakai sandang, sama ada mereka tahu atahu tidak diberitahu maka itu adalah tangggujawap yang tahu untuk menegur.

Adab Bila pakai sandang ( kalau tak betul tu sila tegur, ini sekadar yang saya tau):

1. Bila makan atau minum buka dahulu sandang.
2. Jangan merokok bila bersandang.
3. Nak masuk tandas buka dulu sandang
4. Tamat majlis lepas bergambar buka dan simpan lah sandang.
5. Pakailah dengan sopan
6. Berkelakuan sopan ketika bersandang.

Teguran sidikit kepada pemakai ketika bersandang sebab ini berlaku dia mana mana majlis yang ada, maaf kasar sikit bahasa. Yang waris beradat tu sedap je makan dan minum tak buka sandang. ada pulak sedap hisap rokok bersandaor kat kerusi sambil borak kosong. mungkin ada yang perhatikan kita maka perlulah kita menjaga adapnya. jaga imej dan peliharalah adat dan adab SSG. kalau bukan kita sebagai pewarisnya sapa lag yang berhak untuk peliharanya.

harap maaf jika tulisan ini terkena tepat pada muka mana2 pihak ... ini sebagai peringatan bersama

2 comments:

  1. teguran yg betul. penerima sandang perlu diberitahu sepatutnya adab2 dan adat bila memaki sandang. ruang kuasa sandang kebesaran juga mereka perlu tahu. tinggi rendah pangkat mereka juga mesti sedar. sebab kalo terima sahaja dan tak tahu apa2, samalah diberi buku teks fluid mechanics pada budak tadika....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu tapi masalahnya kalau si penyandang tu xtahu apa yang disandangkan dan xtahu lansung tentang adabnya. lagi teruk bila yang tahu xnak bg tahu atau pon butakan mata buat xtahu

      Delete